Friday, October 27, 2017

KEIBUBAPAAN: 5 TIPS PENTING UNTUK MENYUSUKAN ANAK DENGAN SUSU BADAN BUAT KALI PERTAMA

Assalamualaikum dan salam Jumaat

Dah Jumaat dah,cepat betul masa berlalu, semenjak dua menjak ni musim kawa-kawan baru lahirkan anak pertama, sebab Nina paling senior kot bab beranak, sekarang nak masuk anak ketiga, so jadi la tempat rujukan kan😊

InsyaALLAH, Nina share sikit berdasarkan pengalaman, sebab semua orang akan melalui yang pertama sebelum kedua dan ketiga.

Jadi, hari ni nak share, lepas ada beberapa orang kawan yang baru melahirkan anak pertama, yang tanya pasal penyusuan susu ibu, Nina nak share 5 TIPS PENTING UNTUK MENYUSUKAN ANAK DENGAN SUSU BADAN BUAT KALI PERTAMA.

Untuk yang smooth sailing, Alhamdulillah, tapi Nina sendiri bukan la kategori smooth sailing kalau bab ni, banyak tanya kawan jugak, banyakkan membaca. Pengalaman bersalin anak pertama Nina ada share kat sini.

The struggle is real!

Taknak bagi harapan palsu, yang penting kita tahu kekuatan kita dan semua ibu bapa nak bagi yang terbaik untuk anak kan..

1. SEJAK DARI DALAM KANDUNGAN

Tips penting untuk menyusukan anak dengan susu badan buat kali pertama ialah, NIAT dan betulkan mindset kita, sejak dari anak dalam kandungan, setiap hari dan saat berdoa agar dipermudahkan urusan, serta diberi kekuatan untuk kita menyusukan bayi dengan susu badan sepenuhnya sehingga 6 bulan dan seterusnya 2 tahun. 

Dengan doa ni, insyaALLAH minda separa sedar kita akan kuat untuk bertarung dengan pelbagai duh\gaan yang bakal mendatang. hehe.

Amanda Imani, Maryam Tihani, Alhamdulillah both were fully breatfed up to 6 months 
 2. POSITIFKAN DIRI

Bila anak dah selamat dilahirkan, dari niat sejak mengandung tadi, positifkan diri kita.

Ini pengalaman Nina sendiri, sebab pengeluaran susu ni didorong oleh apa yang kita fikir jugak. Sebagai contoh, bila kita fikir susu tak cukup,sebenarnya kita dah beritahu minda kita bahawa kita tak dapat hasilkan susu yang cukup untuk anak. Apa yang kita beritahu minda kita, akan dioproses dan itulah yang kita dapat. Pentingkan mindset ni?

Sebenarnya, susu dihasilkan mengikut demand-supply.

Semakin banyak kali bayi menyusu, semakin bertambah susu untuk dihasilkan

3. SOKONGAN ORANG SEKELILING

Bagi Nina, ini ialah antara yang terpenting untuk menyusukan anak dengan susu badan buat kali pertama.
Untuk Nina sendiri, ada juga cakap-cakap orang yang mengatakan susu tak cukup, susu sedikit, tapi Nina diamkan saja sebab kita tahu perut bayi pun kecik lagi kan.

Anggaran keperluan susu untuk perut bayi mengikut umur

Yang penting, berbincang dengan suami, agar sama-sama dapat melengkapkan diri dengan ilmu penyusuan. Di mana kelompongan isteri, di situ suami kena tampung. Memberitahu suami tentang niat untuk menyusua\kan anak dengan susu badan, akan memberi ruang kepada suami untuk sama-sama bersedia.

Bila isteri ingin menyusukan anak, suami boleh mainkan peranan untuk mengurut belakang isteri, mengambil alih tugas menjaga anak seperti menukar lampin dan memandikan bayi, ketika isteri sedang berehat atau mengepam susu. Suami juga perlu sama-sama dalam menjayakan proses menyusukan anak dengan susu ibu.

Tolong basuh parts breastpump.
Basuh botol.
Tahu uruskan susu badan yang dibekukan.

Ringankan beban, jangan harap isteri seorang untuk buat semua benda. Bersyukur isteri nak menyusukan anak dengan susu badan😊

Peranan suami sebagai orang kuat jangan diabaikan

4. BERSEDIA DENGAN PERALATAN YANG SEPATUTNYA

Nina nasihatkan, siapkan barang keperluan seperti pam susu, storage bottle atau plastik untuk penyimpanan susu ibu, lagi penting untuk ibu yang berkerja di luar dari rumah, kerana perlu pam dan simpan sebagai stok untuk digunakan ketika ibu berkerja nanti.

Boleh dapatkan pelbagai jenis pam susu yang bersesuain dengan harga yang pelbagai kat pasaran, ikut kemampuan dan yang penting keselesaan sendiri.

Guna bag yang muat barang ni semua untuk patuhi jadual mengepam 3 jam sekali
 Patuhi jadual pam untuk elak kekangan susu bila demand kurang. Untuk ibu yang baru melahirkan, dinasihatkan untuk bersedia dengan tandem pumping kerana bayi anda mungkin akan minta susu setiap jam!

Sebelah direct feeding, sebelah untuk pam, tak senang tapi InsyaALLAH boleh biasakan diri.
Selain dari tu, cuba selesakan diri untuk mendapat posisi yang sesuai, ibu boleh pelbagaikan posisi untuk menyusukan anak, mengikut kesesuaian. Try and error. hehe.
Pelbagai posisi untuk menyusukan anak

5. TAHU KEMAMPUAN DIRI

Paling penting untuk kenalpasti kemampuan diri sendiri.

Untuk ibu yang baru melahirkan, keadaan badan dan tubuh yang memerlukan masa untuk recover setelah penat melahirkan. jadikan tempoh berpantang sebagai tempoh untuk kita rehatkan diri.
Proses berpantang ialah proses recovery, bukan masa untuk paksa diri dan menyeksa diri.


Pelbagai perkara perlu dititikberatkan kerana ini ialah kali pertama, ibu akan penat dan stress, itu akan mempengaruhi susu ibu. Untuk menyusukan anak dengan susu badan buat kali pertama,. ketahui bila ibu perlu amalkan supplement.

Bukan sekadar membeli milkbooster yang dijual di pasaran, tapi paling penting untuk kenalpasti masalah ibu.

Jika ibu stress, amalkan B complex untuk mengembalikan ketenangan.

Jika ibu kurang tenaga dan setiasa penat Nina cadangkan ESP untuk bekalkan tenaga selain dari membantu recovery proses.

Untuk menghsilkan susu yang berkhasiat tinggi EPA dan DHA untuk perkembangan otak bayi, amalkan Omega Guard yang tinggi dengan EPA dan DHA.

Kenalpasti masalah ibu sebelum memilih supplement




Nina dulu pernah reject supplement sebab ada masalah dengan pemikiran, masa tu tak fikir macam sekarang. Bila fikir balik, kesian anak, sepatutnya kita lah kena makan makanan yang berkhasiat dan cukupkan nutrient dalam badan agar susu yang dihasilkan berkualiti.

Sedangkan corak pemakanan masa tu memang kelaut, tapi sebab diri ego. Mungkin sebab  tu anak pertama kerap juga masuk wad, walaupun Nina bagi susu badan sepenuhnya.

Masalah puting susu melecet? Boleh jadi sebab 'latch' tak betul. Klik sini untuk guide latching yang betul. Ini biasa terjadi, ibu jangan stress beri masa kepada diri sendiri untuk adapt. Setiap yang berlaku ialah pembelajaran baru.hehe.

 Untuk mintak pendapat, boleh whatsapp Nina ye. Nina akan cuba bantu bagi yang terbaik mengikut keperluan ibu.

Semoga bermanfaat sharing hari ni.

Sincerely,
0123114040




1 comment:

  1. apple watch 6 titanium - TikTok
    apple watch 6 babylisspro nano titanium hair dryer titanium. Apple Watch 6 titanium. Apple Watch guy tang titanium toner 6 titanium wedding band sets titanium, titanium glasses Apple Watch titanium dioxide in food 6 titanium, Apple Watch 6 titanium, Apple Watch 6 titanium.

    ReplyDelete

Sharing is caring..